fbpx

Ustazah Asma’ tegur perbuatan beri hadiah memalukan pada pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenaka lucah tidak sepatutnya dijadikan budaya kerana ia boleh memberi kesan kepada sesiapa yang melihatnya.

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menasihati trend memberi hadiah kahwin memalukan yang kini tular di media sosial.

Asma’ berkata, jenaka lucah tidak sepatutnya dijadikan budaya kerana ia boleh memberi kesan kepada sesiapa yang melihatnya.

“Tular baru-baru ini satu video yang dimuat naik oleh sekumpulan lelaki yang menghadiri sebuah majlis kahwin. Dalam video tersebut menunjukkan kawan-kawan pengantin lelaki sedang beratur memberikan hadiah, amat mengejutkan apabila hadiah yang diberikan membawa unsur lucah.

“Sebenarnya saya yang menonton pun jadi malu, apatah lagi bila melihat kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan tertunduk sambil tutup muka dengan pemberian mereka yang tiada sedikitpun rasa malu. Saya mohon, janganlah budayakan jenaka lucah sebegini, fikirkanlah apa kesannya kepada sesiapapun yang melihat,” katanya.

Asma’ berkata, budaya memberi hadiah di pelamin sekarang menjadi satu trend, namun tak seharusnya diikuti jika tujuan untuk publisiti dan maruah digadai.

“Malu itu salah satu sifat mulia kerana ia melindungi kita daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Dengan malu, kita takut nak bermaksiat, sakiti orang lain, melihat perkara haram, mendedahkan aurat, buat perkara yang menjatuhkan maruah dan sebagainya.

“Tidak salah ingin memberi, tidak salah ingin bahagiakan kawan ketika jadi raja sehari, tapi bila sampai mencemarkan adab depan orang ramai, bahkan ditontonkan pula secara terbuka di media sosial sebenarnya memang sangat melampau,” jelasnya.

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan beberapa orang lelaki bertindak memberikan hadiah berunsur lucah kepada pasangan pengantin baru.

Video tersebut mendapat kecaman daripada netizen mahupun pendakwah bebas yang menyifatkan perbuatan itu sungguh memalukan dan tidak wajar dicontohi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI