fbpx

Pelakon lelaki bebas dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon lelaki popular disyaki membelasah seorang penghuni kondominium dibebaskan hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pelakon lelaki popular tanah air yang diberkas dalam kes pukul seorang penghuni di sebuah kondominium di Segambut pada Khamis lalu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, suspek warga tempatan berusia 30-an itu telah dibebaskan tengah hari tadi selepas direman selama empat hari sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan.

“Kita sudah membebaskan suspek dengan jaminan polis sekitar pukul 12 tengah hari tadi selepas ditahan reman dan dirakam keterangan.

Berita berkaitan: Pelakon lelaki popular direman belasah penghuni kondominium

“Sementara itu, kertas siasatan membabitkan suspek akan dilengkapkan segera untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan selanjutnya,” ujarnya.

Tambahnya, individu terbabit telah meninggalkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul sekitar pukul 1.10 tengah hari tadi.

Berita berkaitan: Pelakon belasah penghuni kondo, polis perlu masa jalankan siasatan

Jelasnya, kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI