fbpx

‘Usain Bolt’ Malaysia ditawar masuk UPSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahim (dua dari kiri) bertemu Mohd. Fahmi (dua dari kanan) di kediamannya bagi menyerahkan surat tawaran kemasukan ke UPSI.

PETALING JAYA – Pelari pecut muda, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi atau lebih dikenali sebagai ‘Usain Bolt’ Malaysia hari ini ditawar masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam pengajian diploma beserta biasiswa universiti tersebut.

Pengarah Akademik UPSI, Prof. Madya Dr. Abdul Rahim Razalli berkata, atlet olahraga yang berusia 18 tahun ini berjaya mengungguli acara 100 meter, Kejohanan Olahraga Terbuka Perak 2022 dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Tawaran tersebut bagi mengiktiraf kecemerlangan akademik dan sukan beliau dengan memperoleh keputusan 6A dalam SPM serta kecemerlangannya menjulang pingat Olahraga Terbuka Perak 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi kenyataan itu lagi, Abdul Rahim menyerahkan surat tawaran kepada bapa Muhammad Azeem, Mohd. Fahmi Tajuid, 53, yang ditemui di kediamannya di Teluk Intan.

“Mohd. Fahmi ketika ditemui gembira dengan hasrat UPSI serta akan mempertimbangkan tawaran selepas berbincang dengan Muhammad Azeem sendiri,” jelasnya.

Sementara itu dalam kenyataan sama, Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata sebagai universiti pendidikan utama negara, UPSI sentiasa memberi ruang sokongan kepada para atlet tanah air yang dilihat dapat memacu kepada kecemerlangan sukan negara sekali gus mengharumkan nama universiti ke peringkat antarabangsa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI