fbpx

Pusat hiburan tawar GRO serendah RM100 diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam individu ditahan ketika serbuan polis di sebuah pusat hiburan dan karaoke di Jalan Kuchai Lama, di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Enam individu ditahan termasuk lima orang wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai GRO di sebuah pusat hiburan dan karaoke di Jalan Kuchai Lama, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tangkapan itu membabitkan seorang lelaki dipercayai penjaga premis tersebut dan lima wanita warga Vietnam berusia antara 23 ke 34 tahun.

Serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Seramai 40 orang telah diperiksa ketika serbuan itu iaitu melibatkan 37 orang pelanggan lelaki dan tiga orang pelanggan wanita berusia antara 25 hingga 49 tahun.

“Semakan dilakukan mendapati pusat hiburan terbabit tidak mempunyai lesen untuk beroperasi. Polis turut merampas peralatan audio serta resit perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, jelas Habibi, pusat hiburan itu yang sudah beroperasi selama empat bulan menawarkan khidmat GRO dengan bayaran serendah RM100 kepada pelanggan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI