fbpx

Keluasan hutan bakau negara hanya tinggal 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan dan sukarelawan yang menyertai program itu.

KUALA SELANGOR – Keluasan hutan paya bakau di Malaysia kini hanya tinggal kira-kira 50 peratus sejak negara mengecapi kemerdekaan.

Hutan yang menjadi ‘benteng semula jadi’ itu dianggarkan seluas 620,000 hektar termasuk 100,000 hektar kawasan yang tidak dilindungi.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Wan Kamal Mujani berkata, keluasan hutan paya bakau dilaporkan semakin berkurangan sama ada di kawasan dilindungi atau tidak dikesan di negara ini.

“Setakat ini, terdapat 520,000 hektar paya bakau dilindungi sama ada di peringkat jabatan mahu pun kerajaan negeri.

“Namun, kawasan seluas 100,000 hektar tidak dilindungi dan pelbagai usaha perlu dilakukan bagi memastikan hutan itu terus terpelihara,” katanya pada pelancaran program tanaman pokok bakau menerusi Inisiatif Konservasi Pokok Bakau CIMB – UKM di Taman Alam Kuala Selangor di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Mohamed Rafe Mohamad Haneef berkata, sejumlah RM380,000 diperuntukan kepada UKM dan kami memulakan projek ini sejak dua tahun lalu sebelum pandemik Covid-19.

“Inisiatif ini sebagai usaha menjaga hutan bakau dan penyerapan karbon dioksida sekali gus membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau serta perubahan iklim di Malaysia,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI