fbpx

Perancis, Jerman, Itali dan Romania mahu EU segera terima Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Scholz, Macron, Zelensky, Draghi dan Iohannis (kiri ke kanan) bergambar di Istana Presiden Ukraine di Kyiv, kelmarin. - AFP

PARIS- Presiden Emmanuel Macron memaklumkan bahawa Perancis bersama Jerman, Itali dan Romania bersetuju menyokong kemasukan segera Ukraine sebagai anggota sah Kesatuan Eropah (EU), lapor laman RT kelmarin.

Keputusan itu dicapai selepas pemimpin keempat-empat negara mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy di Kiev kelmarin.

Canselor Jerman, Olaf Scholz, Macron di samping Perdana Menteri Itali, Mario Draghi dan Presiden Romania, Klaus Iohannis tiba di Ukraine untuk mengadakan perbincangan dengan Zelenskyy di Istana Presiden.

Selepas rundingan selesai, pemimpin-pemimpin negara pelawat mengadakan sidang akhbar bersama di mana mereka mengumumkan keputusan rundingan tersebut dan menyatakan sokongan kepada Ukraine di tengah-tengah konflik ketenteraan yang berterusan dengan Rusia.

Macron pertama kali mengumumkan bahawa semua ahli EU yang hadir menyokong pemberian status calon segera kepada Ukraine untuk menyertai EU.

Beliau juga menambah bahawa Perancis akan menghantar tambahan enam meriam jarak jauh Caesar ke Ukraine selain daripada 12 meriam Caesar yang telah dihantar.

Scholz pula menyatakan, beliau datang ke Ukraine dengan mesej jelas bahawa Ukraine tergolong dalam keluarga Eropah dan Jerman akan menyokong penyertaan keanggotaan EU oleh Ukraine dan Moldova.

Draghi juga menyuarakan sokongan untuk Ukraine me­nyertai EU.

“Kita berada di titik perubahan dalam sejarah. Rakyat Ukraine mempertahankan setiap hari nilai demokrasi dan kebebasan yang menjadi teras EU, justeru proses ini tidak boleh ditunggu atau ditangguh lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Zelenskyy menggesa supaya pemimpin-pemimpin negara pelawat memberi lebih banyak tekanan ke atas Rusia dan meluluskan pakej sekatan ketujuh baharu terhadap Moscow dengan alasan pencerobohan Kremlin adalah serangan ke atas seluruh Eropah. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI