fbpx

PATI masuk guna pagar sempadan yang dirosakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 47 PATI warga Myanmar ditahan di kawasan ladang getah di Bukit Kayu Hitam, awal pagi ini.

BUKIT KAYU HITAM – Cubaan 47 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menyusup masuk ke negara ini menerusi sempadan Malaysia-Thailand gagal apabila mereka ditahan di kawasan ladang getah di sini awal pagi ini.

Kesemua warga asing berusia antara 15 hingga 49 tahun dan terdiri daripada 40 lelaki dan tujuh wanita itu ditahan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) kira-kira pukul 5.45 pagi.

2 Divisyen dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kejadian tersebut berlaku di kawasan ladang getah sektor Op Benteng kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

“Ketika kejadian, anggota serang dan tangkap (Serkap) yang ditempatkan di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand mengesan kelibat sekumpulan individu bersembunyi berhampiran laluan jalan tidak berturap di kawasan kebun getah.

“Anggota bertugas seterusnya bertindak menjejaki dan menahan kesemua mereka seramai 47 orang,” katanya.

Ujarnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua warga asing terbabit tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan masuk ke negara ini melalui pagar sempadan yang dirosakkan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI