fbpx

Hampir semua negeri alami cuaca buruk malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hampir kesemua negeri di Malaysia alami cuaca buruk ketika ini dan dijangka berlarutan sehingga pukul 10 malam nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan terdapat 10 negeri yang sedang mengalami hujan lebat serta ribut petir dan angin kencang.

Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dilaporkan melanda negeri Kedah melibatkan daerah Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

Selain itu, di Perak, antara kawasan terlibat adalah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim serta Tanah Tinggi Cameron, Pahang.

“Di Selangor pula, hujan lebat serta ribut petir lebih tertumpu di Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sepang serta keseluruhan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Cuaca buruk sama juga berlaku di Negeri Sembilan merangkumi Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin manakala bagi negeri Melaka, kesemua daerah dilaporkan mengalami hujan lebat ketika ini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, MetMalaysia turut memaklumkan keadaan sama sedang berlaku di beberapa daerah sekitar negeri Sarawak, Sabah dan Labuan malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI