fbpx

SPM 2021: 9,696 calon dapat semua A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Zamani (kanan) menunjukkan isyarat bagus pada sidang akhbar keputusan SPM 2021 di Kementerian Pendidikan, Putrajaya hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Seramai 9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid berkata, keputusan dicapai itu menunjukkan peningkatan berbanding 9,411 calon pada SPM 2020, manakala pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) pula merekodkan nilai 4.86.

Nilai GPN yang direkodkan bagi SPM 2020 adalah 4.80, dengan nilai GPN lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

“Pencapaian keputusan SPM 2021 tidak wajar dibandingkan dengan tahun lalu memandangkan calon pada tahun ini merupakan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM),” katanya pada sidang akhbar pengumuman peperiksaan SPM 2021 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI