fbpx

Saya hanya insan kerdil – Kim Pan-gon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON (kanan) kekal merendah diri meskipun berjaya membawa Malaysia ke pusingan akhir Piala Asia 2023 secara merit. – Faris rusadio

KEJAYAAN Harimau Malaya menewaskan Bangladesh 4-1 kelmarin menyingkap 1,001 cerita mengenai perjuangan pemain-pemain negara yang mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Asia 2023 secara merit.

Bermula dengan gol sulung Dion Cools bersama skuad kebangsaan dan debut istimewa penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, pengendali negara, Kim Pan-gon juga menyerlahkan resipi Kimchi begitu menepati citarasa Harimau Malaya.

Bagaimanapun, jurulatih itu enggan memberikan kredit kepada dirinya kerana tetap menghamburkan pujian kepada kelab tempatan kerana mampu menghadirkan ‘bahan mentah’ berkualiti untuk diadun dengan olahannya.

“Kamu tahu saya jurulatih ‘kecil’, saya datang ke sini, saya minta semua orang membantu dan mendapat sokongan istimewa daripada pasukan Liga Super dan saya minta banyak daripada FAM, saya rasa ia mencabar buat mereka tetapi dia (presiden) cuba yang terbaik bagi menjadikan ia kenyataan.

“Seperti dalam kem latihan, kami banyak berubah dari segi aspek infrastruktur, kami ada yang terbaik. Saya tidak buat apa-apa, semua orang di sini melakukan tugas yang bagus,” katanya selepas tamat perlawanan menentang Bangladesh di Sta­dium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Kemenangan selesa 4-1 ke atas Bangladesh dalam aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia, kelmarin mengesahkan kemaraan Malaysia untuk mengisi lima slot naib juara terbaik.

Selepas tiga perlawanan, Harimau Malaya berada di tempat kedua Kumpulan E dengan enam mata, dipisahkan tiga mata dengan Bahrain yang merekodkan kemenangan bersih.

Palam masa sama, jurulatih dari Korea Selatan itu juga menjadikan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai contoh terbaik buat mana-mana kelab tempatan lain terutamanya dalam aspek mengasah dan mendedahkan pemain dengan permainan bola sepak masa kini.

“Saya boleh melihat ramai pemain berpotensi dan bagus, inilah yang dilakukan bola sepak Malaysia, bukan saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI