fbpx

Kedudukan Zuraida sebagai Menteri diputuskan minggu depan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kiri) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Projek Transit Aliran Massa Sdn. Bhd. (MRT), Datuk Mohd. Zarif Hashim berjalan keluar dari gerabak ketika turun di Stesen MRT Sri Damansara Sentral selepas melancarkan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu di sini, hari ini. - FOTO: FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Kedudukan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai anggota Kabinet atau tidak, akan diputuskan pada minggu hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu minggu hadapan bagi membincangkan perkara tersebut.

Menurut beliau, pertemuan itu mungkin berlangsung sebelum atau selepas mesyuarat Jemaah Menteri yang lazimnya diadakan pada setiap Rabu.

“Setakat ini, dia (Zuraida) masih lagi menjalankan tugas sebagai Menteri dan semalam beliau hadir pada Mesyuarat Kabinet seperti biasa.

“Jawatannya tidak gugur sehingga berhenti atau diberhentikan. Sebarang keputusan tunggu sehingga saya bertemu dengan beliau pada minggu hadapan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu di sini hari ini.

Terdahulu, pada 26 Mei lalu, Zuraida mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menyertai Parti Bangsa Malaysia dan mahu membincangkan kedudukan sebagai anggota Kabinet dengan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau akan memaklumkan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung sebarang perubahan dalam struktur Kabinet selepas pertemuan dengan Zuraida. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI