fbpx

Kerajaan beri kebenaran khas eksport ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh KAMARIAH KHALIDI

PUTRAJAYA – Kerajaan membuat keputusan memberi kebenaran khas untuk mengeksport komoditi melibatkan ayam daging berwarna termasuk ayam kampung dan ayam hitam, produk berasaskan ayam dan Day Old Chick (DOC) Parent Stock.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi satu kenyataan memaklumkan, kebenaran khas tersebut berdasarkan beberapa siri perbincangan yang terperinci bersama pemain-pemain industri dan persatuan penternak.

Bagaimanapun, larangan eksport untuk ayam pedaging (commercial broiler), ayam bulat, keratan ayam dan anak ayam DOC umur sehari ayam pedaging masih kekal berkuat kuasa.

“Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 23 Mei melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah menghentikan eksport ayam meliputi ayam hidup, karkas ayam bulat, keratan daging ayam dan produk makanan berasaskan ayam bermula 1 Jun bagi memastikan pengeluaran bekalan ayam yang berterusan supaya sekuriti makanan di Malaysia kekal terjamin.

“Kawalan secara fizikal di semua pintu keluar akan terus dilaksanakan oleh pegawai penguat kuasa Maqis dan sebarang aktiviti untuk mengeksport komoditi berkenaan tidak dibenarkan. Konsainan eksport komoditi tersebut perlu diuruskan sewajarnya oleh pemilik permit,” katanya hari ini.

Tambah kenyataan itu, kerajaan memandang serius sekiranya terdapat sebarang penyalahgunaan terhadap kebenaran khas yang dikeluarkan terhadap barangan eksport komoditi tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI