fbpx

Ahli politik Israel dikecam kerana mahu hapuskan penduduk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kahana (kiri) menganggap penduduk Palestin dan Israel perlu tinggal bersama di tanah Palestin. - Getty Images

TEBING BARAT – Seorang ahli parti politik Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett, menerima kecaman hebat selepas mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa beliau boleh menghapuskan semua kaum Arab Palestin dari penempatan haram Israel, lapor laman berita RT.

“Jika terdapat sejenis butang yang boleh ditekan untuk menghilangkan semua orang Arab atau menghantar mereka ke Switzerland dengan menaiki kereta api, saya akan melakukannya,” kata ahli parti Yamina, Matan Kahana.

Beliau berkata demikian dalam satu ucapan kepada sekumpulan pelajar sekolah menengah di Tebing Barat, kelmarin.

Tambah Kahana, meskipun terdapat perbezaan, penduduk Palestin dan Israel tidak mempunyai pilihan selain untuk tinggal bersama.

“Namun, apa yang boleh kita lakukan? Tiada butang seperti itu. Nampaknya, kita (Israel dan Palestin) perlu tinggal bersama di tanah ini,” ujarnya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI