fbpx

Kerja baik pulih Stadium Nasional Bukit Jalil dijalankan mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUALITI padang di Stadium Nasional Bukit Jalil dikritik hebat susulan berkeadaan rosak sepanjang kempen kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung ketika ini. - Foto oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius terhadap isu kualiti padang serta fasiliti di Stadium Nasional Bukit Jalil dan tidak boleh terus memperjudikan maruah negara dengan melengahkan lagi tindakan sewajarnya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan akhbarnya memberitahu, isu kualiti padang dan fasiliti adalah isu legasi yang harus ditangani secara pantas dan tuntas.

“Perancangan awal KBS adalah menutup Stadium Nasional BUkit Jalil pada penghujung Mac 2023 untuk memulakan kerja-kerja baik pulih, namun keadaan semasa memerlukan tindakan yang lebih segera,” kata Ahmad Faizal dalam kenyataan tersebut.

Beliau menambah, keperluan baik pulih dan penambahbaikan adalah amat mendesak dan tidak boleh ditangguhkan.

“Dengan ini, KBS inigin memaklumkan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil akan ditutup mulai Rabu, 15 Jun 2022 bagi kerja baik pulih dimulakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI