fbpx

Dua suspek kes rogol remaja hingga mengandung tiga bulan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol melibatkan seorang remaja yang mengandung tiga bulan dalam kejadian berasingan yang berlaku di rumah datuknya di Pasir Mas dekat sini pada Februari dan Mac lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek pertama yang berusia 18 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej di sini dicekup di sebuah rumah di Kubang Kerian semalam.

Menurutnya, lelaki kedua yang merupakan seorang penganggur berusia 20 tahun pula ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat dekat sini hari ini.

“Semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Mereka kini ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang remaja mengandung tiga bulan selepas dipercayai dirogol dua lelaki dalam kejadian berasingan yang berlaku di rumah datuknya pada Februari dan Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, kejadian itu terbongkar selepas mangsa yang berusia 14 tahun pergi ke Klinik Kesihatan Daerah Pasir Mas di sini kira-kira pukul 10.40 pagi Jumaat lalu untuk membuka buku rekod kesihatan ibu mengandung.

Menurutnya, pegawai perubatan klinik berkenaan meminta remaja yang sudah mengandung tiga bulan satu hari itu merujuk perkara berkenaan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kerana mangsa mengandung bawah umur.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI