fbpx

KUSKOP serah dana RM5.4 juta kepada 56 mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamaruzaman (enam dari kiri, depan) bergambar bersama penerima pinjaman daripada agensi di bawah KUSKOP semalam.

SHAH ALAM-Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SME Corp.,MIDF Berhad dan Tekun Nasional (Tekun) mengagihkan pinjaman  bernilai RM5.4 juta kepada 56 mangsa banjir Parlimen Kota Raja dalam kalangan peniaga mikro, kecil dan sederhana.

Setiausaha Politik KUSKOP, Datuk Kamaruzaman Johari berkata,  bantuan tersebut bertujuan untuk membantu usahawan yang menjadi mangsa bencana alam itu kembali bangkit untuk meneruskan perniagaan masing-masing.

“Mereka yang terlibat adalah dari Taman Sri Muda dan Kota Kemuning,”katanya selepas menyampaikan pinjaman melalui Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF) di Bangunan Muara di sini semalam.

Kamaruzaman berkata, melalui dana SMEEF 2.0 tersebut, KUSKOP memberi pinjaman tanpa faedah dan moratorium selama setahun kepada kesemua penerima.

Mengulas mengenai jumlah penerima SMEEF 2.0 seluruh negara, sebanyak 280 mangsa banjir telah menerima dana tersebut.

“Setakat 31 Mei kita telah meluluskan dana untuk usahawan mangsa banjir seramai 280 orang sebanyak RM26.8 juta.

“Kami berharap dana untuk mangsa banjir yang diperuntukkan sebanyak RM100 juta oleh kerajaan negeri dapat digunakan untuk usahawan bangkit dan memulihkan kembali perniagaan yang terkesan,”katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI