fbpx

Warga emas maut motosikal bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Bera-Mayam di Bera hari ini.

BERA – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Bera-Mayam di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Mansor Samsudin berkata, dalam kejadian pada pukul 9.20 pagi itu, mangsa, Yow Kim Sun, 85, meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati sebuah kereta yang dipandu seorang wanita dalam perjalanan dari arah Bandar Bera menghala ke Felda Mayam.

“Namun secara tiba-tiba, motosikal yang ditunggang mangsa keluar dari simpang sebelah kiri dan melanggar bahagian kiri hadapan kereta itu,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI