fbpx

Pasukan khas tangani isu kelewatan pasport antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang awam menunggu giliran sejak pukul 8 pagi di Kaunter Jabatan Imigresen, Pusat Transformasi Bandar (UTC) cawangan Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini. GAMBAR - AMIR KHALID

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) akan menempatkan pasukan khas di kaunter Imigresen di sekitar Lembah Klang bermula minggu depan bagi mengatasi isu kesesakan pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, keputusan itu diambil susulan kejayaan pasukan khas itu dalam mengatasi isu sama di Johor.

Beliau berkata, sebelum ini, pihaknya menghantar lapan pegawai ke Johor bagi mengatasi isu pengeluaran PMA di negeri itu dan ia menampakkan kejayaan.

“Pasukan khas itu hanya ditugaskan untuk memberi kelulusan (pasport) sahaja dan tidak membabitkan lain-lain urusan.

“Justeru, pendekatan sama akan digunakan di Lembah Klang minggu hadapan. Malah, kami juga sedang mengumpulkan pegawai dari negeri lain untuk dibawa ke kawasan itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, berlaku kesesakan luar biasa membabitkan permohonan dan pembaharuan PMA di Lembah Klang dan ia berpunca daripada orang ramai hadir yang hadir serentak pada waktu pagi untuk urusan membuat PMA.

Susulan kesesakan itu, JIM mencadangkan kepada orang awam supaya mengambil peluang cuti persekolahan ketika ini untuk memohon dan memperbaharui PMA di kaunter imigresen di luar kawasan Lembah Klang.

Pada masa sama, Khairul berkata, pihaknya juga sedang mengkaji menggunakan gambar sedia ada di dalam sistem bagi pemohon berusia 30 tahun ke atas yang mahu memperbaharui pasport mereka.

“Kami harap langkah itu dapat menjimatkan masa dan mempercepatkan proses kelulusan pasport,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI