fbpx

Kongres Nasional Ke-16 PKR dipinda 16-17 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kongres Nasional Ke-16 PKR yang dijadualkan pada 25 Jun ini telah dipinda kepada tarikh baharu iaitu pada 16 hingga 17 Julai nanti.

Setiausaha Agong PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tarikh baharu itu dipilih setelah Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR meneliti beberapa dapatan.

“MPP telah meneliti beberapa dapatan dan syor yang dibentang Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) berhubung proses aduan terutama bagi Pemilihan PKR 2022.

“Setelah meneliti dan memberi pertimbangan kepada pembentangan JPP, mengambil kira tempoh masa yang diperlukan untuk JPP mengurus dan menyelesaikan beberapa perkara yang telah dibangkitkan,” ujarnya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Tambahnya lagi, keputusan tersebut juga dilakukan bagi memberi masa yang mencukupi kepada kepimpinan Cabang yang baharu untuk membuat beberapa pelantikan.

“MPP telah memutuskan bahawa tarikh baharu bagi Kongres Nasional ke-16 ialah pada 16-17 Julai 2022 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, Selangor.

“Kongres Angkatan Muda PKR Pusat serta Kongres Wanita PKR Pusat pula akan diadakan serentak pada 15 Julai 2022 juga dilakukan di lokasi sama, ” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI