DALAM dunia hiburan sekarang, memang banyak musim.
Ada musim ramai selebriti wanita disahkan hamil, musim kelahiran bayi popular dan terbaharu, musim suami beri hadiah gelang kepada isteri tercinta.
Bermula dengan Neelofa yang berkongsi hadiah seutas gelang tangan berjenama mewah daripada Haris Ismail selepas pulang dari menunaikan solat Jumaat.
“Suami balik dari solat Jumaat bawa hadiah. Terkejut, terharu, gembira dan syukur.
“Sebenarnya ini bukan kali pertama suami beri hadiah kejutan. Saya suka menonton video suami beri hadiah pada isteri, doakan keberkatan rumah tangga kami,” tulisnya.
Tidak lama kemudian, Bella Astillah pun turut berkongsi video dia menerima gelang daripada Aliff Aziz.
Sebak sungguh Bella terima hadiah daripada suami tercinta. Iyalah, bak kata orang, sekecil-kecil hadiah pun, pasti akan buat si isteri ingat sampai bila-bila.
Seronok lihat rumah tangga dua pasangan ini bahagia dan kini berubah ke arah yang lebih baik.
Semoga menjadi inspirasi kepada pasangan suami isteri lain.
MIZZ LAHAR: Selepas Search dan Hattan, dengarnya ramai yang sudah tidak sabar untuk menonton konsert Ziana Zain dan Anuar Zain minggu ini. Pasti gempak!