fbpx

Yuta dapat layanan buruk di negara sendiri?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUTA

KUMPULAN NCT27 baru sahaja selesai menjayakan konsert jelajah NEO CITY: JAPAN THE LINK di Tokyo Dome pada 28 dan 29 Mei lalu.

Bahagian terakhir konsert jelajah mereka akan berlangsung pada hujung bulan ini bertempat di Osaka.

Disebabkan jadual tersebut, kesemua ahli kumpulan itu pulang ke Korea Selatan buat sementara waktu, tetapi tidak bagi Yuta yang menghabiskan masa tinggal di kampung halamannya di sana.

Persembahan kumpulan itu baru-baru ini turut ditayangkan menerusi WOWOW dan Beyond LIVE untuk peminat antarabangsa.

Bagaimanapun, timbul isu apabila peminat bengang kerana rakaman video ketika kesemua anggota kumpulan itu menyapa peminat usai konsert sambil menaiki gondola langsung tidak memaparkan kelibat Yuta.

Peminat mendakwa, berlaku sikap pilih kasih dan layanan buruk terhadap Yuta walaupun ketika berada di negara sendiri.

“Macam mana mereka boleh lakukan perbuatan ini terhadap Yuta di negara kelahirannya sendiri?” soal seorang peminat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI