fbpx

Peruntukan RM879 juta percepatkan PLSB Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sungai Golok

RANTAU PANJANG – Kerajaan akan mempercepatkan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok fasa dua dan tiga selepas peruntukan sebanyak RM879 juta telah diluluskan semasa mesyuarat Kabinet bulan lalu.

Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, sehubungan itu, kerja-kerja pengambilan tanah termasuk aspek teknikal sedang dijalankan untuk menyiapkan projek yang mampu mengatasi masalah banjir di kawasan Rantau Panjang setiap kali musim tengkujuh itu.

Menurutnya, PLSB merupakan salah satu langkah terbaik dan pembinaannya akan dijalankan dengan sebaik mungkin.

“Saya difahamkan peruntukan sebanyak RM879 juta untuk fasa dua dan tiga bagi projek ini sudah diluluskan oleh Jemaah Menteri menerusi mesyuarat Kabinet pada Mei lalu.

“PLSB pada asalnya melibatkan tiga fasa, namun peruntukan bagi fasa dua dan tiga telah digabung menjadi satu dalam usaha mempercepatkan projek ini.

“Keseluruhan projek itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan tilam dan katil kepada mangsa banjir di Kampung Bendang Perol di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Siti Zailah memberitahu, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang banyak membantu mempercepatkan projek tersebut.

Media sebelum ini melaporkan, projek tebatan banjir fasa pertama diluluskan sebanyak RM600 juta membabitkan jalan dari Pengkalan Kubor ke Sungai Lanchang, Pasir Mas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI