fbpx

Hina Nabi Muhammad: Malaysia kutuk Bharatiya Janata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zulkfli mengutuk sekeras-kerasnya ucapan biadab oleh jurucakap rasmi Bharatiya Janata Party (BJP), berkenaan Rasulullah SAW.

PUTRAJAYA – Majlis Hukama’ Muslimin cawangan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya ucapan biadab oleh jurucakap rasmi Bharatiya Janata Party (BJP), berkenaan Rasulullah SAW.

Penasihatnya, Datuk Seri Dr. Zulkfli Mohamad al-Bakri berkata, apa yang telah berlaku baru-baru ini amat mengganggu sensitiviti umat Islam di seluruh dunia.

Beliau yang juga Anggota Majlis Hukama’ Muslimin berkata, ucapan biadab itu adalah seruan yang jelas kepada ekstremisme dan menyebarkan Islamofobia.

“Saya menyeru umat Islam untuk bersatu hati dalam menzahirkan mesej bantahan secara aman, akan tindakan tersebut. Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah insan yang paling mulia dan terpilih oleh-Nya.

“Mencintai Rasulullah SAW adalah termasuk dalam keimanan dan kemanisan iman. Justeru, wajib bagi kita mempertahankan Baginda SAW dan memuliakan-Nya,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Sebelum ini, kerajaan menerusi Kementerian Luar mengeluarkan kenyataan dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua ahli politik India itu.

Difahamkan, Kementerian Luar sudah memanggil Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia semalam untuk menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan biadap dua ahli politik India itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI