fbpx

Harga petrol RON97 naik 2 sen bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen berkuat kuasa esok sehingga 15 Jun depan, menjadikannya dijual RM4.72 sen seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga bagi petrol RON95 dan diesel pula masih kekal masing-masing iaitu RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Katanya, pengekalan harga itu bagi memastikan pengguna tidak terjejas dengan kenaikan harga bahan api itu di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI