fbpx

Nie Dior mahu kuasai pasaran meskipun lambat dilancar di pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad MUSTAKIM (kiri) bersama Zamzuri menunjukkan produk baharu keluaran Nie Dior di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Nie Dior Cosmetic Enterprise iaitu pengeluar produk penjagaan kesihatan dan kecantikan berjenama Nie Dior, optimis untuk menembusi pasaran tempatan secara meluas meskipun baru dilancarkan pada pertengahan tahun ini.

Pengasas syarikat, Muhammad Mustakim Lokman Hakim berkata, ini bakal disokong oleh faktor formulasi dan kua­liti produk yang terbaik serta disokong oleh testimoni positif daripada pelanggan.

Menurut beliau, pasaran kini terbuka luas untuk mana-mana pemain menyertainya kerana ia bergantung kepada keberkesanan produk keluaran masing-masing yang dapat menambat hati pelanggan.

Menurut beliau, pengasas produk kecantikan juga tidak semestinya daripada kumpulan Hawa semata-mata kerana ia terbuka kepada mana-mana individu untuk menawan pasaran.

Jelasnya, bersandarkan kepada strategi dan peranca­ngan pemasaran selain kempen ­pe­ngukuhan jenama untuk pelan jangka pendek serta masa depan, pihaknya berkeyakinan terhadap kemampuan Nie Dior untuk jangka masa panjang.

“Peranan dan sokongan daripada rangkaian pengedaran di seluruh negara juga bakal membantu mencapai misi syarikat.

“Sehingga kini, kami memiliki kira-kira 150 pengedar dan 30 stokis di seluruh negara. Sehubungan itu, syarikat ­me­ngunjurkan jumlah tersebut bertambah kepada 1,500 pengedar menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran produk Nie Dior Cosmetics baru-baru ini.

Turut hadir pengasas bersama syarikat, Zamzuri Mohammad.

Selain itu, Muhammad Mustakim menjelaskan, buat masa ini syarikat memiliki enam jenis produk yang terdiri daripada lip mate dengan pilihan warna menarik.

Ia juga memperkenalkan produk membantu menurunkan berat badan, produk memutihkan kulit, sabun pencuci muka, serum dan losen muka.

Semua produk berkenaan dijual pada harga antara RM25 hingga RM75 seunit.

Tambah beliau, produk tersebut yang telah menjalani kajian dan pembangunan dengan formulasi terbaik itu bukan sahaja tertumpu di pasaran domestik tetapi bakal dipasarkan ke negara jiran dalam masa terdekat ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI