fbpx

Komuniti Orang Asli ke Putrajaya bantah pembinaan empangan Nenggiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 100 Orang Asli berkumpul di hadapan bangunan Pejabat Perdana Menteri bagi menyerahkan memorandum bantahan pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.

PUTRAJAYA – Dianggarkan lebih daripada seratus Orang Asli berhimpun di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di sini hari ini bagi menyerahkan memorandum bantahan pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Mustafa Along berkata, kehadiran mereka itu adalah bagi membawa suara bantahan daripada lebih 3,000 Orang Asli di 17 wilayah yang akan terjejas teruk akibat pelaksanaan projek berkenaan.

“Pembinaan empangan hidrolektrik Nenggiri ini dianggarkan akan menenggelamkan kawasan hutan seluas 5,384 hektar yang merupakan tanah adat dan wilayah Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.

“Empat buah penempatan akan terjejas secara langsung dan tenggelam sepenuhnya melibatkan seramai 1,185 orang daripada 275 keluarga manakala 18 kampung lagi akan terjejas secara tidak langsung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Perdana Menteri, Muhammad Faizal Sufar di hadapan bangunan PMO di sini hari ini.

Menurut Mustafa, kerajaan seharusnya mengutamakan keselamatan penduduk dan mengkaji kesannya ke atas alam sekitar sebelum membuat keputusan untuk meneruskan projek pembinaan empangan tersebut.

“Kehidupan Orang Asli di kawasan terlibat telah pun terjejas akibat aktiviti pembalakan tidak terkawal yang mengakibatkan mereka hilang sumber makanan, sumber air bersih serta ancaman hidupan liar seperti gajah yang kehilangan habitat dan dijangka akan lebih teruk sekiranya projek ini diteruskan.

“Projek ini juga bakal menenggelamkan tapak bersejarah bagi komuniti Orang Asli Temiar seperti Gua Cha dan Gua Chawas yang menjadi bukti kewujudan awal suku berkenaan selain mempunyai artifak yang membentuk kronologi sejarah awal Kelantan,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI