fbpx

Gelang akses mahkamah Johnny Depp dilelong RM21,980

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan bidaan harga gelang yang dipakai Johnny Depp.

LOS ANGELES – Seutas gelang tangan berwarna biru yang digunakan bintang Hollywood tersohor, Johnny Depp ketika menghadiri prosiding mahkamah bersama bekas isteri, Amber Heard dilelong dengan hargaan biadaan bermula AS$4,999 (RM21,980) dalam laman eBay.

Menurut penjual yang menggunakan nama Gibeachhead, gelang biru itu digunakan Depp, 58, sebagai akses untuk memasuki ruang persidangan kes perbicaraannya dengan Heard di mahkamah Fairfax County, Virginia pada hari ke-20 iaitu pada 23 Mei lalu.

“Hari tersebut (23 Mei 2022) merupakan persidangan paling lama di mahkamah iaitu bermula dari pukul 9 pagi sehingga 5.30 petang. Saya berada di sana (mahkamah) dan menganggap perbicaraan itu sebagai sebahagiaan daripada sejarah budaya selebriti,” ujarnya.

Dalam perbicaraan tersebut, Depp telah mengemukakan tuntutan saman fitnah sebanyak AS$50 juta (RM219 juta) terhadap heard yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam satu artikel apabila menuduhnya sebagai figura awam yang mewakili keganasan rumah tangga.

Kenyataan yang dikeluarkan pada tahun 2018 itu sekali gus mempengaruhi kerjaya Depp walaupun aktres yang pernah membintangi filem Aquaman itu tidak menyebut nama bekas suaminya itu.

Dalam tuntutan balas, Heard turut mengemukakan saman berjumlah AS$100 juta (RM439 juta) terhadap Depp atas dakwaan telah mencemarkan reputasinya.

Bagaimanapun, keputusan mahkamah akhirnya memihak kepada Depp apabila bekas isterinya itu perlu bertanggungjawab atas fitnah yang dibuat dengan membayar ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM66 juta).

Kedua-dua bintang Hollywood itu bertemu pada 2009 ketika sama-sama membintangi filem The Rum Diary dan berkahwin pada Februari 2015. Mereka bagaimanapun  bercerai dua tahun kemudian iaitu pada 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI