fbpx

Pelanggan lari sebab geli bau busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Longgokan sampah haram yang berada 200 meter dari tapak pasar malam di Taman Megah Ria dekat Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Ibarat berniaga di tapak pelupusan sampah. Itulah yang dilalui seramai 249 peniaga yang membuka gerai di tapak pasar malam di Jalan Cenderai 17, Taman Megah Ria, dekat sini sejak lima tahun yang lalu.

Tinjauan Kosmo! di sepanjang laluan ke pasar malam itu mendapati, terdapat lima kawasan yang dijadikan tempat pem­buangan sampah haram dalam jarak tak sampai 200 meter.

Semasa tinjauan dilakukan, salah seorang peniaga memba­talkan hasratnya untuk berniaga disebabkan bau busuk sangat kuat datang dari tapak sampah haram berhampiran petak perniagaannya.

Menurut salah seorang peniaga ayam percik, Ahmad Zain, 50, keadaan itu menyebabkan pe­ngunjung tidak berselera untuk singgah di gerainya yang betul-betul berhadapan dengan salah satu tapak sampah haram itu.

Ahmad menghalau lalat yang menggangu perniagannya di tapak pasar malam di Jalan Cenderai 17, Taman Megah Ria, Johor Bahru.

Katanya, bau busuk itu menyebabkan banyak lalat pada gerainya menyebabkan pelanggan geli untuk membeli makanan yang dijual.

“Masalah ini sudah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu, tahun ini makin menjadi-jadi de­ngan banyak tapak sampah ha­ram yang baharu. Ini menyebabkan pelanggan tak lalu nak beli makanan, risau soal kebersihan dan menjejaskan pendapatan kami.

“Walaupun saya sudah memasang perangkap lalat, ada pelanggan tetap tak selesa. Jadi, saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi, aduan pun sudah ba­nyak kali suarakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Malam Melayu Daerah Johor Bahru, Mohd. Yusof Pet, 63, berkata, kegiatan pembuangan sampah haram di kawasan pasar malam tersebut membelenggu para peniaga sejak lima tahun lalu, namun masih belum ada tindakan yang diambil.

Katanya, pelbagai pihak telah dirujuk dan mengemukakan
aduan berkenaan kepada SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), sebaliknya isu ini seakan dipandang sepi.

“Saya harap isu ini segera diambil tindakan selain berharap pihak berkuasa memasang tele­visyen litar tertutup di kawasan itu bagi mengenal pasti pihak tak bertanggungjawab dalam soal ini,” katanya yang mewakili 249 orang peniaga pasar malam itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI