fbpx

Pecahkan artifak muzium RM21.9 juta kerana marahkan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasu purba yang dipecahkan oleh Hernandez adalah koleksi yang sangat jarang ditemui dan hanya ada satu di dunia. - Muzium Seni Dallas

DALLAS, Texas – Seorang lelaki yang berang dengan teman wanitanya bertindak melulu dengan memecah masuk ke Muzium Seni Dallas di negeri Texas, Amerika Syarikat dan merosakkan beberapa artifak bernilai lebih AS$5 juta (RM21.9 juta), lapor stesen penyiaran NBC.

Brian Hernandez, 21, memberitahu polis bahawa dia baru sahaja bertengkar dengan kekasihnya dan mahu melepaskan perasaan hingga melakukan tindakan itu.

Rakaman video keselamatan menunjukkan suspek berdiri di luar pintu masuk hadapan muzium dengan kerusi besi di tangan kira-kira pukul 9:40 malam (waktu tempatan).

Tidak lama selepas itu, dia dilihat muncul dalam video ruangan dalam muzium, berjalan dari bilik ke bilik, memecahkan bekas kaca pameran dan barang-barang di dalamnya.

Pemuda itu kemudian mendapatkan sebatang besi lalu memecahkan sebuah pasu amphora zaman Yunani abad keenam dan periuk bertarikh 450 Sebelum Masihi.

“Kedua-dua item yang digabungkan itu bernilai kira-kira AS$5 juta (RM21.9 juta).

“Dia juga memecahkan bekas pameran dan memusnahkan patung Kylix Herakles dan Nemeon Lion, bernilai kira-kira AS$100,000 (RM439,000).

“Barang-barang di dalam kotak paparan yang telah dimusnahkan adalah artifak purba yang jarang ditemui yang sangat berharga dan hanya ada satu di dunia,” demikian menurut kertas laporan tangkapan.

Pengarah Komunikasi dan Perhubungan Awam muzium tersebut, Aschelle Morgan berkata, pihaknya sedang berusaha untuk menentukan sama ada mana-mana bahagian yang rosak boleh dipulihkan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI