fbpx

Neelofa mahu hijrah ke Mesir, kuasai bahasa Arab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA merancang mengikut suaminya, Haris yang akan menyambung pengajian di negara Arab.

PETALING JAYA – Usahawan dan bekas pengacara popular, Neelofa berhasrat untuk berhijrah dan menetap di tanah Arab mengikut suaminya, Haris Ismail atau PU Riz yang ingin menyambung pengajian di sana.

Tanpa mendedahkan bila atau tarikh tertentu untuk memulakan kehidupan baharu di luar negara, kata Neelofa, penghijrahan tersebut diharapkan dapat mendedahkan anak mereka, Muhammad Bilal dengan persekitaran baharu serta mendekatkannya dengan bahasa Arab.

“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk menetap di negara Arab, sama ada Madinah atau Mesir untuk suami menyambung pelajarannya.

“Selain itu, kami juga mahu mendedahkan anak kepada persekitaran kehidupan serta saya juga boleh ambil peluang belajar bahasa Arab,” katanya.

Neelofa berkata demikian ketika muncul dalam program Nona yang disiarkan semalam bersempena ulang tahun ke-38 stesen televisyen TV3.

Bagaimanapun, bekas pengacara MeleTOP itu memaklumkan mereka sekeluarga hanya menetap di negara itu dalam tempoh singkat iaitu antara satu atau dua tahun sahaja.

Dalam program sama, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, itu turut memaklumkan antara impian yang belum tercapai adalah mendalami al-Quran

“Impian saya juga adalah mahu mendalami al-Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana sewaktu membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mendalaminya.

“Kalau boleh mahu turunkan ilmu yang dipelajari itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” kongsinya lagi.

Neelofa dan PU Riz mendirikan rumahtangga pada 27 Mac tahun 2021 dan menimang cahaya mata sulung mereka 31 Januari lalu.

Sementara itu, dalam program sama dia turut memberi gambaran mengenai wajah si kecil yang belum dikongsikan kepada umum hingga kini.

“Awalnya macam muka ayah dia, tapi lama- lama macam muka saya pula,” katanya.

Pasangan terbabit belum mendedahkan sepenuhnya wajah permata hati mereka kerana mendakwa belum cukup ilmu untuk melindungi si kecil daripada penyakit ain iaitu gangguan disebabkan pandangan.

Bercakap tentang program Nona yang pernah dikendalikannya lapan tahun lalu, Neelofa yang tampil sebagai hos undangan sempena ulang tahun ke-38 TV3 mendedahkan produksi Nona adalah seperti keluarga yang dekat di hatinya.

“Terasa macam sirih pulang ke gagang, bak keluarga yang tak pernah hilang,” tulis Neelofa menerusi Instagram.

Pernah diberi kepercayaan sebagai hos Nona bersama Fara Fauzana bermula 2012 hingga 2014, Neelofa turut meluahkan rasa gembira dapat bekerjasama dengan pasukan Nona yang selalu menjadikan isu wanita dan kemasyarakatan sebagai fokus.

“Rasa happy dan gembira bila dapat bekerjasama dengan krew dan team Nona yang sangat teliti dalam mengangkat pengisian berkualiti tentang isu kewanitaan dan masyarakat,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI