fbpx
HAMZA Abdelkarim (kiri) dicabar pemain Belgium, Nathan Ngoy pada aksi kumpulan G Piala Dunia 2026. - AFP

Piala Dunia 2026: Mesir ikat Belgium 1-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEATTLE – Pasukan gergasi Eropah, Belgium dianggap bernasib baik apabila mengutip satu mata pada aksi sulung Kumpulan G Piala Dunia 2026 selepas seri 1-1 menentang Mesir.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Seattle awal pagi tadi, skuad The Red Devils turun selaku pasukan pilihan, namun berdepan kejutan apabila Mesir dilihat cukup ‘liat’ untuk dikalahkan.

Lebih mngejutkan, juara tujuh kali Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) itu terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-20 menerusi Emam Ashour yang melakukan percubaan dari luar kotak penalti.

Tersentak dengan gol tersebut, Belgium kemudiannya terus melancarkan serangan demi serangan, namun kedudukan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Terdesak untuk memburu gol penyamaan, Belgium mengambil keputusan memasukkan penyerang, Romelu Lukaku dan ia membuahkan hasil apabila pemain Napoli itu memaksa Mohamed Hany menjaringkan gol sendiri pada minit ke-66.

Sebaik mendapat gol penyamaan, wakil Eropah itu terus melancarkan serangan demi serangan ke arah pintu gol Mesir, namun tidak menemui sasaran dan terpaksa berpuas hati dengan satu mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN