fbpx
DA'I SYED lega dan sangat bersyukur apabila perbicaraan kes tuduhan seks luar tabii dan cabul memihak kepadanya.

Da’i Syed memaafkan dari hati melupakan dari akal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEBAS daripada pertuduhan yang sangat mencemarkan maruah iaitu melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul penuntut sebuah kolej swasta, apa lagi yang dapat dilakukan pendakwah selebriti, Da’i Syed selain memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan dan memaafkan semua perkara yang berlaku terhadap dirinya.

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful turut berterima kasih kepada semua pihak terlibat menegakkan kebenaran yang akhirnya berpihak kepada dirinya.“Saya bersama peguambela, Syed Amirul Syed Edros nak ucapkan terima kasih. Alhamdulillah saya dilepaskan dan dibebaskan atas pertuduhan yang kita tahulah, pertuduhan di Mahkamah Sesyen ini.

“Alhamdulillah, saya tak boleh nak cakap apa, cuma saya boleh cakap syukur kepada Allah untuk kes ini. Syukur,” katanya.

LEBIH setahun turun naik mahkamah, Syed Iqmal akhirnya mendapat pembelaan, terlepas daripada semua tuduhan cabul dan melakukan seks luar tabii yang mencemarkan maruahnya selama ini.

Kerja, memaafkan

Bercakap tentang tentang ketenangan jiwa diraih kini, Syed mengakui sangat lega dan mahu menjalani kehidupan seperti biasa.

“Selepas ini, saya menjalani kehidupan macam biasalah. Sebelum ini pun, macam biasa sahaja.

“Jadi, selepas ini, kalau nak panggil berlakon pun boleh (tertawa),” katanya.

Syed percaya, pandangan serong orang yang selama ini melekat pada mukanya perlahan-lahan pudar.

“Seperti apa yang saya beritahu, saya juga tidak dipanggil stesen-stesen televisyen disebabkan kes atau insiden yang berlaku,” katanya.

Setahun turun naik mahkamah, semestinya banyak kritikan dan kata nista yang dilemparkan khalayak terhadap dirinya, namun Syed percaya bahawa semua itu adalah asam garam sesebuah populari. Dia juga memaafkan semua orang yang berkata buruk tentang dirinya.

“Tindakan untuk memaafkan mereka yang mengecam selama ini adalah untuk memberikan ketenangan kepada saya.

“Saya menggunakan hati saya untuk memaafkan semua orang,” kata berlapang dada.

Dia jua mahu melupakan segala kritikan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

“Memaafkan itu adalah dari hati, melupakan dari akal. Maka saya menggunakan hati saya untuk memaafkan semua orang.

“Saya ‘declare’ perkara tersebut kerana Rasullullah SAW menyatakan orang yang memaafkan adalah mereka yang akan diberikan kemuliaan, mendapat darjat tertinggi dan dipermudahkan rezeki oleh Allah,” jelas Syed.

Dia percaya segala ujian bakal menjadikannya seorang Muslim yang lebih bertaqwa.

SYED berharap keputusan mahkamah yang memihak kepadanya akan membuka semula peluang bergiat aktif dalam industri hiburan.

Berhati-hati

Sungguhpun lega, Syed akan lebih berhati-hati menjalani kehidupan agar tidak kembali berlumpur isu yang menjejaskan maruah dan periuk nasinya.

“Pengalaman direman selama beberapa hari tidak akan saya lupakan.

“Saya sangat-sangat menghargai kata-kata semangat dan sokongan semua.

Saya tidak lupakan pihak yang mendoakan kesejahteraan buat saya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan peguam Syed Amirul Syed Edros untuk melepas dan membebaskan Syed daripada kedua-dua pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul kehormatan seorang pelajar kolej wanita berusia 22 tahun.

Perbuatan tersebut dikatakan berlaku sekitar Oktober 2020.

POPULAR