fbpx

Presiden AS paling kerap ambil cuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOE Biden berjalan bersama isterinya Jill Biden melalui kawasan kejiranan di Pantai Rehoboth, Delaware pada 28 Disember 2021. - AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilaporkan sebagai pemimpin negara itu yang paling kerap bercuti sepanjang memegang jawatan tersebut, lapor portal berita MailOnline, kelmarin.

Sejak memegang jawatan, Biden telah menghabiskan 188 hari cuti penuh atau separuh di salah satu daripada dua hartanahnya yang terletak di Delaware iaitu di Camp David atau pulau Massachusetts, Nantucket.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada 130 hari sama ada di Rehoboth atau Wilmington di Delaware, 52 hari di kawasan percutian presiden di Camp David di Frederick, Maryland dan enam hari di pulau Nantucket.

Menjelang Ahad ini, ketika Biden berada di rumah pantainya di Delaware, beliau akan mencapai tempoh 500 hari percutian.

Pada kadar percutiannya yang terkini, Biden dijangka menghabiskan kira-kira 550 hari bercuti dalam tempoh empat tahun pada penggal pertamanya.

Jumlah itu akan meningkat kepada 1,106 hari pada penggal keduanya.

Pendahulunya Donald Trump hanya menghabiskan cuti 381 hari dalam satu penggal manakal mantan Presiden Barack Obama pula hanya mengambil cuti 328 hari dalam dua penggal atau lapan tahun, 53 hari kurang daripada Trump. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI