fbpx

Korea Utara umum tamat sekatan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) menunjukkan kakitangan perubatan tentera membekalkan ubat-ubatan di sebuah farmasi di Pyongyang. - AFP

PYONGYANG – Kerajaan Korea Utara mengumumkan menarik balik sekatan Covid-19 walaupun masih merekodkan hampir 100,000 kes pada setiap hari, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mempersoalkan laporan kesihatan daripada negara itu yang menyatakan penularan adalah terkawal dan menganggap krisis Covid-19 di Pyongyang sebenarnya semakin memburuk.

Walaupun tiada akses kepada data asal, WHO ragu-ragu dengan dakwaan media kerajaan itu bahawa kes koronavirus tempatan semakin menurun.

Korea Utara mengumumkan kes Covid-19 pertama pada 12 Mei lalu ketika mendakwa bahawa wabak itu terkawal. 

Bagaimanapun, pengarah kecemasan WHO, Michael Ryan mempersoalkan dakwaan tersebut.

“Kami menganggap keadaan semakin teruk dan bukan lebih baik,” katanya.

Ketua WHO untuk Covid-19, Maria Van Kerkhove sementara itu berkata, Korea Utara telah merekodkan lebih tiga juta kes yang disyaki Covid-19 walaupun diklasifikasikan sebagai ‘demam biasa’.

Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) yang dikendalikan oleh kerajaan kelmarin melaporkan kira-kira 96,600 ‘kes demam’ dalam 24 jam dengan jumlah keseluruhan 3.8 juta kes yang direkodkan sejak lewat April lalu.

Tiada kematian baharu diumumkan dengan rekod 69 kematian setakat akhir minggu lalu.

Walaupun mempunyai salah satu sistem kesihatan paling teruk di dunia, KCNA melaporkan bahawa lebih daripada 95 peratus kes telah pulih. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI