fbpx

Indonesia hantar lebih 18 tan bekalan perubatan jemaah haji ke Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas (baju hijau) ketika meninjau hotel di Madinah, Arab Saudi, yang akan diduduki oleh jemaah haji Indonesia. - Istimewa

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia memaklumkan telah menghantar lebih 18 tan ubat dan bekalan perubatan milik jemaah ke Arab Saudi bagi musim haji 2022 yang akan bermula pada 7 Julai akan datang, lapor laman berita Tribunnews, semalam.

Bekalan tersebut daripada 173 item ubat pelbagai jenis penyakit dan 45 item bekalan kesihatan.

“Jumlah beratnya sehingga 18 tan. Ia kini berada di pejabat imigresen Jeddah untuk dijalankan

kelulusan pihak berkuasa tempatan,” kata Ketua Pusat Kesihatan Haji, Dr. Budi Sylvana.

Selain itu, 100,000 beg telah diagihkan kepada jemaah yang mengandungi peralatan kesihatan iaitu pelitup muka kain, pelitup muka perubatan, Garam Rehidrasi Oral (ORS), botol semburan sanitasi, plaster, tisu basah, beg air kencing dan cecair pembersih tangan.

“Semua jemaah haji nanti akan mendapat beg ini sebagai melengkapkan keperluan mereka semasa berada di Arab Saudi,” kata Budi.

Kuota haji Indonesia bagi musim ini adalah seramai 100,051 orang dengan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu 92,825 haji biasa dan 7,226 haji khas.

Menurut Budi, majoriti kuota masih didominasi oleh jemaah warga emas dan mereka yang berisiko tinggi dengan jumlah 25,481 atau 35.31 peratus.

Selain ubat-ubatan, Kementerian Kesihatan Republik Indonesia turut menghantar 776 Pegawai Pelaksana Haji (PPIH) Sektor Kesihatan ke Arab Saudi. 

Jelas Budi, walaupun bilangan PPIH berkurangan berbanding tahun sebelumnya namun kali ini, ia lebih menumpukan kepada kepelbagaian sektor kepakaran kesihatan.

“Memang dari segi kuantiti ada pengurangan jumlahnya. Tetapi dari kepelbagaian kepakaran terdapat penambahan dengan 12 jenis pengkhususan penyakit tertentu,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI