fbpx

Selangor sedia pelopori tanaman jagung bijirin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham (tengah) mengiringi Tengku Permaisuri Norashikin pada majlis pelancaran Benih Tanaman Selangor itu di SFV hari ini.

KUALA SELANGOR – Kerajaan negeri bersedia mempelopori pembangunan tanaman jagung bijirin bagi kegunaan makanan ayam dan ternakan haiwan ruminan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ir. Izham Hashim berkata, sebanyak 121 hektar tanaman jagung bijirin diusahakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Kuala Langat ketika ini.

Katanya, industri itu berpotensi besar untuk dibangunkan dan mampu memberi keuntungan lumayan jika diusahakan dengan serius.

“Kita meminta kerjasama negeri lain  bekerjasama dengan Selangor untuk penanaman jagung bijirin kerana dapat mengurangkan kebergantungan import.

“Permintaan ayam kian meningkat kerana turut melibatkan ayam proses seperti nuget, burger dan makanan sejuk berasaskan ayam lain,” katanya selepas melancarkan Benih Tanaman Selangor di Selangor Fruit Valley (SFV), Bestari Jaya di sini, hari ini.

Turut berangkat mencemar duli, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin

Pada majlis tersebut, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan melancar dan menamakan lima jenis benih tanaman iaitu dua daripadanya tembikai susu (melon) kod v8 iaitu Selangor Sweet Melon (SSM) dan v12 yang dinamakan Melon Selangor (MeloSel).

Tiga lagi biji benih tanaman iaitu dua benih jagung kod XX diberi nama Jagung Manis Selangor dan jagung bijirin kod 58 iaitu GrainSel serta buah betik kod ‘A’ dinamakan Selangor Tropical Papaya.

Jelas Izham, kerjasama ketika ini dijalin antara PKPS dan Menteri Besar Negeri Sembilan-Pemerbadanan (MBINS) menerusi Program Inisiatif Sekuriti Makanan.

“Di Negeri Sembilan, kita mempunyai 400 ekar (161 hektar) namun ia masih tidak mencukupi. Jika ada 10,000 ekar (4,046 hektar), kita masih terpaksa bergantung dengan bijirin import,” ujarnya.

Tambah beliau, Selangor sebagai contoh tidak mempunyai tanah mencukupi bagi membangunkan tanaman tersebut.

“Selain itu, harga makanan ayam mahal hingga mencecah RM2,600 satu metrik tan sedangkan kos terlibat hanya RM500. Apabila dikaji secara menyeluruh termasuk faktor cuaca, tanaman itu sememangnya bersesuaian ditanam di negara ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI