fbpx

Minta lagu Justin Bieber sebelum dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario di majlis pengebumian di mana si mati meminta lagu Justin Bieber dinyanyikan sebelum dikebumikan. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan acara pengebumian di Bali yang diiringi lagu nyanyian penyanyi terkenal, Justin Bieber, lapor laman berita Suara.com.

Video berkenaan dimuat naik pada akaun TikTok @madesurata0.

Rakaman memaparkan waris si mati sedang menyanyikan lagu bertajuk Ghost nyanyian Justin Bieber.

Berdasarkan maklumat yang disampaikan, perkara tersebut diminta oleh mendiang sebelum dia meninggal dunia.

Bagi memenuhi hasrat terakhirnya, keluarga terdekat dan jirannya membantu merealisasikan hasrat mendiang.

Seorang lelaki dilihat menghalakan mikrofon ke arah mereka ketika sedang bernyanyi. 

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Saya kira sedih ternyata sesat,” tulis seorang netizen.

“Kalau saya kat sana, tak jadi sedih dah,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI