fbpx

Remaja hilang ditemui mati dalam Toyota Alphard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua sekawan ditemui mati dalam Toyota Alphard yang diparkir bawah tanah di sebuah bangunan kediaman di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini Ahad lalu.

KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan dua sekawan sejak 25 Mei lalu terjawab apabila kedua-duanya ditemui mati dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard di parkir bawah tanah di sebuah bangunan kediaman di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi panggilan telefon daripada orang awam yang menemui mayat dalam Toyota Alphard pada pukul 8.26 malam.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Salak Selatan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pergi ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Hasil siasatan di lokasi menemui mayat seorang wanita tempatan di bahagian penumpang hadapan dan mayat seorang lelaki tempatan masing-masing berusia 19 tahun di bahagian penumpang belakang MPV berkenaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebelum ini pihak polis ada menerima laporan kehilangan kedua-dua mangsa yang dibuat oleh ibu bapa masing-masing di Kuala Selangor, Selangor pada 25 Mei lalu.

Jelas beliau, pemeriksaan pada badan kedua-dua mangsa serta lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Kedua-dua mayat terbabit dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras untuk proses bedah siasat,” ujarnya.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI