fbpx

Red Bull kekalkan podium di Monaco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEREZ berjaya menjulang kejuaraan pada aksi GP Monaco selain rakan sepasukannya, Vertsappen meraih kedudukan ketiga. – AFP

MONACO – Pasukan Red Bull mengekalkan kemenangan satu dan tiga di Grand Prix (GP) Monaco selepas Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menolak bantahan pasukan Ferrari semalam.

Ferrari melakukan bantahan rasmi kepada FIA selepas Sergio Perez dan Max Verstappen dikesan melakukan kesalahan de­ngan melanggar garisan kuning sejurus keluar daripada hentian pit.

Tindakan tersebut dianggap Ferrari tidak adil sekali gus memberi kemenangan mudah kepada Perez di Monaco lewat malam kelmarin sementara Carlos Sainz terpaksa akur menamatkan sai­ngan di tempat kedua.

Red Bull mempertahankan kedudukan pemandunya dan mendapati jentera pasukan masih berada dalam laluan yang betul dan tidak melanggar sebarang kod peraturan yang ditetapkan oleh FIA.

“Selepas melakukan siasatan, Red Bull tidak melakukan sebarang kesalahan terutama melepasi garisan kuning sebaik sahaja keluar daripada hentian pit.

“Dalam kes tersebut, sekiranya keseluruhan tayar jentera melepasi garisan kuning barulah kod peraturan diguna pakai. Jus­teru, bantahan tersebut telah ditolak,” kata FIA dalam satu ke­nyataan.

Perez yang menjuarai kemenangan pertamanya musim ini sekali gus menafikan impian Carles Leclerc (Ferrari) untuk melakar kemenangan di laman sendiri.

Hasil keputusan tersebut, Perez kini berada di kedudukan ketiga keseluruhan dengan mengumpul 110 mata.

Pelumba Mexico tersebut kini hanya dipisahkan enam mata dibelakang Leclerc dan 15 mata dengan rakan sepasukannya, Verstappen yang mendahului carta kedudukan dengan 125 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI