fbpx

Pemandu Honda Jazz maut, tercampak ketika nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki yang tercampak keluar daripada kereta Honda Jazz dipandunya selepas terlibat dalam kemalangan di Seremban pagi tadi.

SEREMBAN – Seorang lelaki maut apabila kereta Honda Jazz dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan lain di Kilometer 244.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Fitriazrul Hashim berusia 21 tahun dan beralamat di Jalan Katib Tamby, Kampung Lendu Dalam di Alor Gajah, Melaka.

“Hasil siasatan awal, dipercayai apabila tiba di lokasi kejadian, kereta Honda CRV yang sedang bergerak dari arah Kuala Lumpur menuju ke Melaka dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun di lorong tengah telah dilanggar oleh kereta Honda Jazz dipandu mangsa dari arah belakang.

“Mangsa telah hilang kawalan dan terbabas melanggar besi penghadang tengah jalan serta tercampak keluar dari kenderaannya, kemudian datang kereta jenis Mercedes di lorong kanan arah belakang tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nanda berkata, akibat kemalangan mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI