fbpx

Malaysia kutuk pelampau Israel ceroboh Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan oleh kumpulan pelampau Israel di Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya pada Ahad lalu.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, insiden yang dirancang di tapak suci umat Islam dan perhimpunan perarakan bendera di Kota Lama adalah provokasi dan pelanggaran jelas.

“Serbuan terbaharu ini sememangnya merupakan tindakan pencerobohan oleh rejim penjajah yang akan menyemarakkan lagi api permusuhan di dalam dan luar rantau tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk segera menuntut rejim Zionis menghentikan sebarang tindakan provokasi bagi menjamin keamanan dan kestabilan.

Pada masa sama, ujar Wisma Putra, Malaysia berdiri teguh solidariti bersama rakyat Palestin dan menegaskan lagi status premis Al-Quds al-Syarif sebagai tapak suci umat Islam sejagat.

Malaysia juga sentiasa menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi bersama Palestin dan perjuangan mereka untuk mencapai kebebasan mutlak daripada pendudukan haram Israel. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI