fbpx

Krisis arang batu, Indonesia ikat kontrak RM13.1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin ( kanan) mengiringi Ali Rustam (kiri) pada lawatan pameran di Majlis Perasmian Menara TNB di Ayer Keroh, Melaka hari ini.

MELAKA – Krisis bekalan arang batu yang dihadapi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak awal tahun ini selesai selepas Indonesia bersetuju untuk mengikat kontrak bekalan bernilai RM13.1 bilion, pada minggu lalu.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, persetujuan itu dicapai menerusi perbincangan yang dilakukan oleh pihaknya dan pengurusan tertinggi TNB bersama pengeksport arang batu di Indonesia.

Jelasnya, perjanjian itu melibatkan hampir 70 peratus bekalan yang diperlukan TNB bagi tempoh tiga tahun dengan nilai persetujuan mengikut harga pasaran RM13.1 bilion.

“Baru-baru ini, pada awal tahun kita ada isu berkaitan import arang batu daripada pembekal utama iaitu Indonesia yang menghentikan eksport atas dasar baharu negaranya.

“Justeru itu, kita bersama pengurusan tertinggi TNB telah ke sana untuk berbincang bersama pengeksport arang batu dan berjaya menandatangani perjanjian pembekalan selama tiga tahun bernilai USD3 bilion (RM13.1 bilion),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Perasmian Menara TNB Melaka yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI