fbpx

Curi bekalan air bersih: SPAN serbu dua lokasi di Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan SPAN memeriksa paip yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri bekalan air bersih di Sungai Buloh hari ini.

CYBERJAYA – Sebuah tempat letak kereta dan tapak pembinaan pejabat di Sungai Buloh, Selangor diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini selepas didapati menggunakan bekalan air tanpa meter yang sah.

SPAN menerusi satu kenyataan hari ini berkata, serbuan bersama Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) itu dibuat susulan aduan daripada orang awam.

Menurutnya, pemeriksaan di tapak mendapati premis tersebut mendapat bekalan air tanpa melalui meter yang sah.

“Sambungan tidak sah yang dikesan menggunakan paip getah berukuran 16mm di tetiang meter premis tersebut. Semakan pihak Air Selangor mendapati premis itu tidak mempunyai rekod bekalan air yang sah,” katanya.

Katanya, ujian teknikal telah dilaksanakan dan mendapati aliran air bersih tersebut adalah untuk kegunaan pembinaan serta kegunaan harian pekerja di premis tersebut.

Jelas SPAN lagi, ujian klorin juga mengesahkan bahawa air tersebut adalah air terawat yang dibekalkan oleh Air Selangor.

Susulan serbuan itu, SPAN telah mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan dan tindakan pemotongan bekalan air yang tidak sah tersebut telah dilakukan.

Kes disiasat mengikut peruntukan Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI