fbpx

Bergaduh, bertumbuk ala Kung Fu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pergaduhan antara dua individu menjadi tular di media sosial sejak semalam

PETALING JAYA – Tular sejak semalam video memaparkan pergaduhan di antara dua individu lelaki di pekarangan tempat letak kereta.

Rakaman berdurasi 28 saat itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai dan rata-ratanya tertanya-tanya punca pergaduhan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, lebih menariknya, pergaduhan tersebut dikatakan seperti dalam filem Kung Fu disebabkan pelbagai jurus yang ditampilkan oleh dua individu terbabit.

“Berseni betul pergerakan mereka, macam filem Kung Fu, tukang rakam pun pandai guna teknik rakaman berkesan,” seloroh seorang pengguna.

“Filem Kung Fu terbaru kah? bila keluar dekat wayang, dahsyat,” ujar pengguna lain.

Dalam pada itu, ada juga pengguna yang turut menterjemahkan ‘dialog’ dua individu terbabit dalam pelbagai bentuk gurauan.

“Mak kau hijau, mak kau makan sayur banyak sebab itu hijau, kau pun hijau, anak hijau,” gurau seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI