fbpx

AKSB selesai tukar paip lama sepanjang 87 kilometer di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (dua dari kiri) meninjau keadaan loji rawatan air selepas Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Ketereh, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) telah menyelesaikan projek penukaran paip lama sepanjang 87 kilometer melibatkan kawasan di daerah Kota Bharu, Tumpat dan Gua Musang sejak ia mula dilaksanakan pada tahun lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kesemua projek penukaran paip di seluruh negeri itu dijangka siap sepenuhnya secara berperingkat berdasarkan pelan Induk AKSB 2021-2030.

Menurutnya, kerajaan negeri menyasarkan untuk menyiapkan penukaran paip sepanjang 340 kilometer melibatkan kawasan di Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang pada tahun ini.

“Pengurusan Aset Air Berhad kini sedang dalam proses untuk melantik perunding bagi projek penukaran paip sepanjang 220 kilometer di seluruh daerah Bachok pada tahun depan.

“Kawasan yang telah selesai projek penukaran paip baru telah menunjukkan peningkatan tekanan air. Selain itu, ia dapat mengatasi isu kebocoran paip air sekali gus mengurangkan gangguan bekalan air di kawasan Dusun Muda dan Tanjung Chat di Kota Bharu selain di Jalan Kelaboran sehingga Chabang Neting dekat Tumpat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Loji Rawatan Air (LRA) Ketereh di sini hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar AKSB, Datuk Ir. Dr. Azuhan Mohamed.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, projek itu turut mendapat peruntukan daripada Kementerian Air dan Alam Sekitar yang memberi komitmen dan sokongan untuk meningkatkan bekalan air kepada rakyat Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI