fbpx

Dulu saya panas baran, dinding bilik penuh darah – Shiha Zikir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIHA

PETALING JAYA – Penyanyi Shiha Zikir mengambil masa selama tiga tahun untuk perlahan-lahan mula mengubah sikap daripada seorang wanita yang panas baran menjadi individu yang lebih tenang dan positif.

Pemilik nama lengkap Nurshiha Mohd. Zikir itu juga menyifatkan dirinya yang dahulu sebagai sangat sangat teruk dan tidak malu untuk mengakui hakikat teresebut.

“Saya memang teruk dan tidak malu untuk mengaku. Saya terfikir sampai bila perangai saya akan begitu (panas baran)?

“Jadi sejak tiga tahun lalu, saya mula berubah membaiki sikap menjadi seseorang yang lebih positif,” katanya.

Dedah pelantun lagu AEWO itu, disebabkan sikap panas baran tersebut, dinding bilik di kediamannya di kampung selalu dipenuhi darah kerana dia akan melepaskan kemarahan dengan menumbuk dinding.

“Ketika ayah masih hidup, dinding bilik saya di kampung penuh dengan darah sebab saya akan menumbuk dinding untuk melepaskan kemarahan.

“Sehinggakan arwah ayah kata bilik saya  akan berhantu sebab ada banyak darah. Saya tidak lepaskan kemarahan pada orang lain, tapi pada diri sendiri,” katanya.

Ketika disoal antara sebab dirinya mahu berubah ke arah yang lebih positif, Shiha berkata dia mahu memperbaiki diri kerana kasihan melihat ibunya.

“Salah satu sebab saya mahu berubah kerana kasihan melihat ibu yang terpaksa berdepan dengan perangai buruk saya (panas baran).

“Selain itu, sebagai selebriti saya tidak mahu orang melihat saya semata-mata sebagai penyanyi. Tetapi saya mahu membawa sesuatu yang positif untuk mereka,” kata Shiha.

Dalam pada itu, Shiha yang pernah membintangi drama Perisik Cinta Tidak Diundang itu juga mula menjadi ‘ulat buku’ sejak mengamalkan budaya membaca buku untuk menjadi lebih positif.

“Selain ibu, salah satu penyebab say amula berubah selepas mengamalkan budaya membaca buku. Sehingga saya kini menjadi ‘ulat buku’ kerana gemar membaca,” katanya.

Sekadar info, selama 12 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan tanah air, Shiha melakar sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Top Top MeleTOP Wanita pada Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang berlangsung malam tadi.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan Shiha membawa pulang RM10, 000 dan sebuah trofi.

Dia sebelum itu turut menyapu bersih empat trofi menerusi kategori Grup/Dua MeleTOP, Lagu MeleTOP (Aewo), Bintang Filem MeleTOP (Hantu Bonceng) dan Artis Versatil MeleTOP dan RM5,000 bagi setiap kategori. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI