fbpx

Cuaca buruk landa 5 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lima negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga tengah hari nanti.

“Ia membabitkan Kulim dan Bandar Baharu di Kedah manakala Kerian, Larut, Matang dan Selama di Perak.

“Di Kelantan pula melibatkan Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai sementara di Terengganu hanya tertumpu di Besut,” katanya.

Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan di Johor membabitkan Mersing.

Tambah MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI