fbpx

Program fizikal RichWorks berbaki 6 hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Program 10x Bina Bisnes Berjaya: Bangkit Bisnes Dari Krisis khusus untuk persediaan bangsa usahawan berdepan cabaran masa kini berbaki enam hari lagi.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd., pihaknya telah dan sedang mempersiapkan segala kelengkapan serta kemudahan diperlukan untuk memberikan pengalaman terbaik buat usahawan yang bakal hadir dari seluruh negara.

“Alhamdulillah dalam tempoh sekitar seminggu sahaja, pendaftaran diperolehi sudah hampir mencecah 10,000 usahawan. Tempat semakin terhad, mungkin kami akan menutup pendaftaran dalam beberapa hari lagi untuk mengelakkan kesesakan luar jangka,” katanya ketika dihubungi pemberita semalam.

Program itu ditaja RichWorks sempena ulang tahun ke-14 setelah ditubuhkan oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bagi menyokong bangsa usahawan sejak 2008.

Tambah Radz, usahawan dinasihatkan supaya membuat pendaftaran segera untuk mendapatkan tempat pada 4 dan 5 Jun ini.

Untuk maklumat lanjut, imbas kod QR tertera atau layari laman web binabisnesberjaya.com.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI