fbpx
VERSTAPPEN mendahului carta pelumba dengan kelebihan enam mata ketika ini berbanding pencabar utama Leclerc. – AFP

Verstappen idam kecewakan Leclerc

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONACO – Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen mahu memanfaatkan momentum semasanya dengan mengecewakan pemandu Ferrari, Charles Leclerc di ‘rumahnya’ sendiri pada Grand Prix (GP) Monaco, Ahad ini.

Verstappen yang memandu jentera Red Bull Racing, juga memasang impian untuk menewaskan pencabar utamanya itu buat kali keempat berturut-turut musim ini.

Ia susulan kejayaan pemandu Belanda berusia 24 tahun itu memenangi tiga perlumbaan terakhir bermula GP Emilia Romagna di Litar Imola , GP Miami di Litar Antaranbangsa Miami dan GP Sepanyol di Litar Catalunya.

Kecemerlangan itu sekali gus membolehkan Verstappen memintas Leclerc dengan kelebihan enam mata dalam carta perebutan kejuaraan dunia ketika ini.

“Hujung minggu di Monaco sentiasa sibuk, tetapi kali ini ia akan menjadi sesuatu yang istimewa.

“Treknya lama, sempit dan membuatkan jantung anda berdegup kencang, jadi ia memang gila. Litarnya sangat tidak masuk akal untuk berlumba menggunakan kereta F1.

“Saya berjaya menang di Monaco tahun lalu dan ia amat melegakan apabila saya akhirnya dapat melintasi garisan penamat ketika itu,” kata Verstappen.

Sebagai rekod, GP Monaco sememangnya satu perlumbaan yang amat dinanti-nantikan dalam kalendar F1 kerana keunikan litarnya dan cabaran sukar yang sentiasa menunggu para pelumba. – AGENSI

POPULAR