fbpx

Isteri berhenti kerja untuk sambung pelajaran dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang pengguna Twitter, Malissa Ali meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap segelintir individu yang masih berfikiran kolot terhadap wanita yang memilih untuk berhenti kerja demi menyambung pelajaran.

Menerusi ciapannya itu, Malissa turut memberitahu bahawa dia semakin hilang sabar dengan sikap manusia yang suka membuat andaian tanpa mengkaji selidik terlebih dahulu.

Malah, ada juga yang menuduh dia banyak menghabiskan duit suaminya dan sengaja mengambil kesempatan untuk tidak bekerja.

“Sebaik sahaja berhenti kerja selepas berkahwin untuk menyambung pengajian, saya menerima begitu banyak kritikan.

“Orang tuduh saya nak duduk rumah saja, ambil kesempatan dengan keluarga senang,” kata Malissa.

Perkongsiannya itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

“Tugas suami untuk menyara keluarga. Di mana yang ambil kesempatan,” kata ZulMzs

“Pekakkan telinga sahaja, tak berkudis pun dengan kata-kata orang,” komen pengguna lain.

“Saya pernah merasainya, pernah berhenti kerja kejap sebab mengandung. Pada masa yang sama buat perniagaan, tetapi orang tidak nampak apa yang kita buat. Ingat duduk goyang kaki sahaja,” luah Ida Safiay. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI